Monday 2 August 2021

Perjalanan Pengasas MMG - Pn Lily

 

JOURNEY LILY & MMG 

Sebenarnya pengalaman dengan MMG ni, lily banyak belajar ilmu paling mahal yang tak dapat kat mana mana. Start dengan redah bab kos, regaa nak juai, design semua hentam ja labu. 

Lily bukan jenis tunggu perfect, baru nak gerak. Lily jenis redah tapi redah ni tak bagus juga kadang sebab banyak kos bijaksana terlebur.

Dari design pertama, okay ada silap situ susah nak keluar. Jadi upgrade botoi yang jenis mudah. Tak silap lily ada dalam 7 kali dalam tempoh 5 tahun ni MMG salin baju. 🤣

Lily buat MMG pun asalnya nak tolong famili je. Bukan nak buat sangat sebab lily sendiri dulu kerja sektor awam dan siap dah pilih pencen ye. Tapi itulah, rezeki dan takdirku di MMG fulltime sejak tahun 2018 bila mak suruh benti. 

Masa mula mula dulu pening juga nak educate, nak explain pasal MMG. Lily pula seratus peratuss pakai personal branding, takde run ads pun. Alhamdulillah, bulan pertama tu jual sendiri retail boleh lah lima ratus botol. O

Lepas tu yang pernah beli tu datang balik rekues nak jadi part of the team. Gelabah juga time tu sebab lily tak ada susun rega, tak reti. Malam tu juga main taram kira dan since tak tau nak rujuk siapa, kira diri sendiri setuju je lah dengan rega nak bagi untuk tim masa tu. 

Start dari situ, dari lima ratuss unit sebulan naik ke seribu naik ke dua riban dan makin lama makin naik sampai berpuluh riban unit sebulan sekarang. 

Bila dah ada duit lebih, baru lah join kelas sana sini untuk baiki mana perlu lily baiki terutama bab kos lah. Owner selalu banyak silap di kos. Lily antaranya lah. Bila ada guru, barulah bisnes tu makin grow.

Tapi semua ni bukan kerja lily sorang. Tak daya nak sorang sorang. Terima kasih banyak pada Asma Fadzil , Asma Benjaman , Yana Mansor , Kartika Haplan , Hariyati Sanuddin , Rohana Mustapha , Zuraini Noor dan Faziellah Ibrahim yang sudi berganding bahu agih amanah juga tanggungjawab sama sama. 

Tak lupa pada seluruh famili MMG yang masih bersama atau yang pernah bersama. Semua juga mustahil jadi tanpa Allah yang gerakkan kita bersama. Lily masih usaha setiap hari untuk jadi "ibu" yang dapat beri yang terbaik untuk famili besar MMG. 

Tangan "ibu" yang ini selalu ada untuk tarik tangan "anak anak" naik ke atas kapal dengan selamat. Sekiranya ada "anak anak" yang nak kembali ke pangkuan pun, "ibu" ini sudi menanti dengan ke dua belah tangan. 

Pastu ibu rotan, 

"Kenapa lari?" 

🤣

Gurau je. Genap 5 tahun MMG di pasaran. Alhamdulillah terima kasih Allah masih pelihara kami. 


Sumber ; Facebook Pengasas MMG

Nota - Copy dgn kebenaran Pn Lily.

No comments:

Post a Comment