Thursday, 2 September 2021

Sale Plan...!!


Gambar Sekadar Hiasan

Assalammualaikum Semua

Dah lama tak post ...mcm habis idea.

Tiba-tiba terfikir....kalau ada org nak buat sale sebulan 1M.Agaknya mcm mna ya...

Saya coba-coba buat kira-kira sambil suka-suka ...mna tau berguna dan logik utk diguna..

Dulu masa sekolah..saya minat Matematik..

Caranya :

1. Katakan kita ada beberapa Group (Leader) sale, jadi jumlah jualan sebulan secara kasar

Bil.Group Sale X Jualan Group = 1000 000

Katalah sale target sebulan setiap group RM 10 000

Jadi. 

Bil. Group Sale X 10000 = 1000000

Bil. Group = 1000000 ÷ 10000 = 100 Group

2. Tiap group ada ahli-ahli , katakan kita set sale sebulan setiap ahli RM 1000.Jadi berapa ahli perlu kita cari

Bil. Ahli X Sale Target Setiap Ahli = RM 10000

Bil. Ahli X RM 1000 = RM 10,000

Bil. Ahli = RM 10,000 ÷ RM 1000  = 10 orang

3. Berapa sale sehari setiap hari kena dapat ?

Sale sehari x jumlah hari berniaga = RM1000

Katakan berniaga 25 hari sebulan , jadi

Sale sehari = RM 1000 ÷ 25 hari = RM 40

Ini bermakna ,kalau kita ada 100 Group (Leader) , dengan setiap group ada 10 org ahli dan dan setiap ahli boleh dpt sale RM 1000 sebulan maka sale kita mencapai RM 1M sebulan.

Betul tak.   ?

Formula Amnya

Sale = Bil. Ahli X Sale Ahli x Bil. Group

Sale = A x S x G

Dimana

A = Bil ahli segroup

S  = Sale target ahli sebulan

G = Bil group( Leader ) di bawah anda.

Contoh

A - 20

S - RM 1000

G - 30

Jadi 

Sale sebulan = 20 x 1000 x 30 = RM 600000.

Dengan formula ni anda boleh set berapa parameter A , S dan G utk dapat target tertentu.

Jumlah sale target tak mesti sejuta...terpulang kpd anda ,boleh ditingkatkan dari masa kesemasa..Satu juta contoh aje...

Nota : Idea ni adalah pandangan atau pendapat seorg ahli dan bukan info rasmi dari syarikat MMG ya. Harap maklum.

" Apa-apa Yang Allah Jadikan Ada Pengiraanya "

No comments:

Post a Comment